Pendaftaran Pelajar Tahun Satu Kolej Vokasional Kudat
Oleh: Julius Masandan | 14 Febuari 2015
Sesi pendaftaran sela-ma sehari ini (26 Januari 2015) telah
dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh En Fauzi Jalil dan
dibantu oleh beberapa orang guru, anggota kumpulan pelaksana serta
pelatih-pelatih CIAST dan politeknik.
Kolej Vokasional Kudat menawarkan sembilan (9) kursus iaitu
Diploma Teknologi Elektrik, Diplo-ma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi
Pembinaan, Diploma Teknologi Pengurusan Perniag-aan, Diploma Teknologi
Automotif, Diploma Teknologi Kimpalan, Diploma Pemisinan Industri, Diploma
Teknologi Penyejukanbekuan Dan Penyaman Udara dan Diploma Sistem Komputer Dan
Rangkaian. Jumlah pelajar yang diambil untuk setiap kur-sus dihadkan agar
tidak lebih daripada 30 orang pelajar iaitu sesuai dengan kemudahan-kemudahan
dalam bengkel atau dalam kelas bagi setiap kursus tersebut.

“…...berilah ke-percayaan kepa-
da pihak Kolej Vokasional
Kudat
untuk mengubah anak-anak anda
menjadi cemer-lang.”
Inilah pernyataan pent-ing dalam taklimat ring-kas En Ahmad
Fakrurazi Hamzah (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)semasa sesi soal jawab
pihak kolej dengan ibubapa. Menurut En Fauzi Jalil (Ketua Unit Hal Ehwal
Pelajar), dalam jawapan balas kepada kes buli di Kolej Vokasional Kudat. Beliau
mengakui bahawa kes ini berlaku na-mun masih dapat dikawal dan jumlah kesnya
yang sedikit.

Sesi pendaftaran berjalan sepanjang hari tersebut dan
selepas sesi pendaftaran tersebut pelajar-pelajar baru tahun satu akan
menjalani sesi Minggu Transisi (minggu suai kenal) pelajar baru yang berjalan
selama seminggu.

Syabas kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan perjalanan pendaftaran pelajar tahun satu ambilan ke tiga pelajar Pra Diploma Kolej Vokasional Kudat.
Selamat datang dan selamat menuntut ilmu kepada pelajar-pelajar baru Kolej Vokasional Kudat. Anda dinanti menceriakan suasana pembelajaran di Kolej Vokasional Kudat.
Minggu Transisi Pelajar Tahun Satu Kolej Vokasional Kudat.
“Transisi Sekolah Baru, Transisi Pembelajaran Dan Transisi Impian” :-Ringkasan kepada harapan “Minggu Transisi pelajar tahun satu Pra Diploma KVK 2015”. Program ini dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya dan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar KV Kudat pada 27-30 Feb 2015. Antara pengisian minggu transisi tersebut ialah Ceramah Peraturan dan Undang-Undang KVK, Program 4S (Salam, Senyum, Sopan dan Sapah), Kenali Pusat Sumber, Taklimat Sistem Maklumat Murid, Taklimat Peperiksaan dan Penilaian, Taklimat Ko-Kurikulum, Ceramah Kerjaya, Taklimat Kesihatan Dan Kebajikan Pelajar dan Kenali Kolej Vokasional Kudat.
Program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar baru mengadaptasikan perubahan sosial di KVK, didedahkan dengan sistem pembelajaran dan kokurikulum di KVK, pendedahan kepada peraturan dan tanggungjawab mereka se-bagai pelajar serta lebih utama lagi melahirkan rasa selesa dan seronok berada di KV Kudat. UPA
Bola Baling
Kamilah Juara
Pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan kategori A Kolej Vokasional Kudat telah memenangi perlawanan Bola Baling peringkat daerah Kudat yang berlangsung selama dua hari dari 4-5 Feb 2015 di padang Kolej Vokasional Kudat. Pertandingan ini telah dianjurkan dengan jayanya pihak pihak Kolej Vokasional Kudat. Dalam perlawanan akhir kategori lelaki A; pasukan Lelaki Bola Baling Kolej Vokasional Kudat telah mengalahkan pasukan lelaki A SMK Matunggung dengan jaringan 7-3. Kemenangan ini telah meletakan pasukan lelaki A Bola Baling Kolej Vokasional Kudat berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas.
Sementara itu, pasukan Bola Baling perempuan A KVK berjaya menumpaskan pasukan Bola Baling perempuan A SMK Matunggung dengan jaringan 3-0. Keputusan ini telah merawat kegagalan pasukan ini selepas gagal bergelar juara pada tahun lepas. : UPA

Syabas kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan perjalanan pendaftaran pelajar tahun satu ambilan ke tiga pelajar Pra Diploma Kolej Vokasional Kudat.
Selamat datang dan selamat menuntut ilmu kepada pelajar-pelajar baru Kolej Vokasional Kudat. Anda dinanti menceriakan suasana pembelajaran di Kolej Vokasional Kudat.
Minggu Transisi Pelajar Tahun Satu Kolej Vokasional Kudat.
“Transisi Sekolah Baru, Transisi Pembelajaran Dan Transisi Impian” :-Ringkasan kepada harapan “Minggu Transisi pelajar tahun satu Pra Diploma KVK 2015”. Program ini dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya dan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar KV Kudat pada 27-30 Feb 2015. Antara pengisian minggu transisi tersebut ialah Ceramah Peraturan dan Undang-Undang KVK, Program 4S (Salam, Senyum, Sopan dan Sapah), Kenali Pusat Sumber, Taklimat Sistem Maklumat Murid, Taklimat Peperiksaan dan Penilaian, Taklimat Ko-Kurikulum, Ceramah Kerjaya, Taklimat Kesihatan Dan Kebajikan Pelajar dan Kenali Kolej Vokasional Kudat.
Program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar baru mengadaptasikan perubahan sosial di KVK, didedahkan dengan sistem pembelajaran dan kokurikulum di KVK, pendedahan kepada peraturan dan tanggungjawab mereka se-bagai pelajar serta lebih utama lagi melahirkan rasa selesa dan seronok berada di KV Kudat. UPA
Bola Baling
Kamilah Juara

Sementara itu, pasukan Bola Baling perempuan A KVK berjaya menumpaskan pasukan Bola Baling perempuan A SMK Matunggung dengan jaringan 3-0. Keputusan ini telah merawat kegagalan pasukan ini selepas gagal bergelar juara pada tahun lepas. : UPA
GAMBAR-GAMBAR PILIHAN
Subscribe to:
Posts (Atom)