Pendaftaran Pelajar Tahun Satu Kolej Vokasional Kudat

Oleh: Julius Masandan | 14 Febuari 2015
Sikuati– Kolej Vokasional Kudat telah menerima pelajar seramai 226 orang pelajar. Selain daripada dipilih secara “online”, Pelajar-pelajar ini juga telah menjalani tapisan temuduga sebelum dita-warkan peluang belajar di Kolej Vokasional Kudat.
Sesi pendaftaran sela-ma sehari ini (26 Januari 2015) telah dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh En Fauzi Jalil dan dibantu oleh beberapa orang guru, anggota kumpulan pelaksana serta pelatih-pelatih CIAST dan politeknik.
Kolej Vokasional Kudat menawarkan sembilan (9) kursus iaitu Diploma Teknologi Elektrik, Diplo-ma Teknologi Elektronik, Diploma Teknologi Pembinaan, Diploma Teknologi Pengurusan Perniag-aan, Diploma Teknologi Automotif, Diploma Teknologi Kimpalan, Diploma Pemisinan Industri, Diploma Teknologi Penyejukanbekuan Dan Penyaman Udara dan Diploma Sistem Komputer Dan Rangkaian. Jumlah pelajar yang diambil untuk setiap kur-sus dihadkan agar tidak lebih daripada 30 orang pelajar iaitu sesuai dengan kemudahan-kemudahan dalam bengkel atau dalam kelas bagi setiap kursus tersebut.
Salah satu pengisian sesi pendaftaran pelajar pada hari tersebut ialah sesi soal jawab bersama pihak pentadbir dan juga ibubapa yang hadir bersama pada hari tersebut. Antara perkara yang diluahkan oleh pihak ibubapa dalam sesi soal jawab tersebut ialah berkait dengan jaminan pihak sekolah untuk menengani masalah buli di Kolej Vokasional Kudat dan juga pemintaan ibubapa untuk memastikan sesi suaikenal pelajar tahun satu nanti dipantau oleh guru-guru Kolej Vokasional Kudat.

“…...berilah ke-percayaan kepa-
da pihak Kolej Vokasional Kudat 
untuk mengubah anak-anak anda 
menjadi cemer-lang.”

Inilah pernyataan pent-ing dalam taklimat ring-kas En Ahmad Fakrurazi Hamzah (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)semasa sesi soal jawab pihak kolej dengan ibubapa. Menurut En Fauzi Jalil (Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar), dalam jawapan balas kepada kes buli di Kolej Vokasional Kudat. Beliau mengakui bahawa kes ini berlaku na-mun masih dapat dikawal dan jumlah kesnya yang sedikit.
Beliau memberikan jaminan bahawa pihak kolej sentiasa bekerjasa-ma dengan pihak polis untuk menengani kes salahlaku pelajar teruta-ma sekali kes buli.

Sesi pendaftaran berjalan sepanjang hari tersebut dan selepas sesi pendaftaran tersebut pelajar-pelajar baru tahun satu akan menjalani sesi Minggu Transisi (minggu suai kenal) pelajar baru yang berjalan selama seminggu. 








Syabas kepada semua pihak yang terlibat yang menjayakan perjalanan pendaftaran pelajar tahun satu ambilan ke tiga pelajar Pra Diploma Kolej Vokasional Kudat.

Selamat datang dan selamat menuntut ilmu kepada pelajar-pelajar baru Kolej Vokasional Kudat. Anda dinanti menceriakan suasana pembelajaran di Kolej Vokasional Kudat.

Minggu Transisi Pelajar Tahun Satu Kolej Vokasional Kudat.
“Transisi Sekolah Baru, Transisi Pembelajaran Dan Transisi Impian” :-Ringkasan kepada harapan “Minggu Transisi pelajar tahun satu Pra Diploma KVK 2015”. Program ini dianjurkan oleh Unit Psikologi dan Kerjaya dan dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar KV Kudat pada 27-30 Feb 2015. Antara pengisian minggu transisi tersebut ialah Ceramah Peraturan dan Undang-Undang KVK, Program 4S (Salam, Senyum, Sopan dan Sapah), Kenali Pusat Sumber, Taklimat Sistem Maklumat Murid, Taklimat Peperiksaan dan Penilaian, Taklimat Ko-Kurikulum, Ceramah Kerjaya, Taklimat Kesihatan Dan Kebajikan Pelajar dan Kenali Kolej Vokasional Kudat.
Program ini diharap dapat membantu pelajar-pelajar baru mengadaptasikan perubahan sosial di KVK, didedahkan dengan sistem pembelajaran dan kokurikulum di KVK, pendedahan kepada peraturan dan tanggungjawab mereka se-bagai pelajar serta lebih utama lagi melahirkan rasa selesa dan seronok berada di KV Kudat. UPA

Bola Baling
Kamilah Juara
Pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan kategori A Kolej Vokasional Kudat telah memenangi perlawanan Bola Baling peringkat daerah Kudat yang berlangsung selama dua hari dari 4-5 Feb 2015 di padang Kolej Vokasional Kudat. Pertandingan ini telah dianjurkan dengan jayanya pihak pihak Kolej Vokasional Kudat. Dalam perlawanan akhir kategori lelaki A; pasukan Lelaki Bola Baling Kolej Vokasional Kudat telah mengalahkan pasukan lelaki A SMK Matunggung dengan jaringan 7-3. Kemenangan ini telah meletakan pasukan lelaki A Bola Baling Kolej Vokasional Kudat berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lepas.
Sementara itu, pasukan Bola Baling perempuan A KVK berjaya menumpaskan pasukan Bola Baling perempuan A SMK Matunggung dengan jaringan 3-0. Keputusan ini telah merawat kegagalan pasukan ini selepas gagal bergelar juara pada tahun lepas. : UPA

GAMBAR-GAMBAR PILIHAN